Kereta jenama (A) keras dan solid....kereta jenama (B) tin milo. Benarkah?

Kereta jenama (A) keras dan solid....kereta jenama (B) tin milo. Benarkah?


Baru-baru ini tersebar gambar kemalangan antara sebuah kereta Toyota Camry bertembung dengan belakang sebuah Volvo, dan ada “jurutera-jurutera” dengan CGPA 3.90 yang mengatakan rakyat Malaysia tertipu dengan Toyota dan sepatutnya menyokong jenama Volvo atau jenama tempatan.
Sebenarnya ini bukan kali pertama Careta melihat kejadian seumpama itu di dalam media sosial. Sedih juga apabila ada laman web automotif turut sama terbabit dengan isu-isu sedemikian.
Kenapa pula Careta bersedih? Kerana yang disebarkan ialah informasi yang salah. Cuba kita sama-sama kaji dua isu yang sering digunakan di media sosial untuk mengutuk jenama lain dan untuk memberitahu ada jenama yang selamat.
Kenderaan modern ada “crumple zone” atau zon remuk
Bayangkan anda duduk di kerusi dengan talipinggang keledar di dalam kotak besi.
Kemudian bayangkan pula rakan anda duduk di kerusi dengan talipinggang keledar tetapi di dalam kotak plastik liut.
Kedua-dua kotak dijatuhkan dari ketinggian 5 meter ke atas jalanraya.
 Siapa yang akan mengalami gegaran otak?
Pastinya anda kerana kotak besi itu keras dan gegaran akibat hentakan kuat yang akan menyebabkan anda mengalami kecederaan dalaman. Kotak plastik liut itu pula “memberi” dan menyerap hentakan, menyebabkan kurang gegaran di terima oleh rakan anda.

Mercedes-Benz S-Class pun remuk di depan kerana ada zon remuk. Mungkin jurutera pasar malam akan tetap mengatakan Mercedes-Benz tidak sekuat jenama tempatan?
Mercedes-Benz S-Class pun remuk di depan kerana ada zon remuk untuk menyelamatkan ruang kabin yang kelihatan tidak terusik. 

Kenderaan modern menggunakan teknik yang sama juga. Semasa perlanggaran, tenaga yang dihasilkan akan diserap oleh zon remuk, umpama span menyerap air. Hasilnya, tenaga pelanggaran itu tidak sampai ke penumpang.
Kesemua kenderaan sekarang direka untuk remuk dengan teruk agar tenaga hentakan diserap sepenuhnya sebelum sampai ke kabin penumpang.
Dan untuk pengetahuan anda, bahagian hadapan lebih senang remuk kerana:
  • kebanyakan perlanggaran laju datang dari arah hadapan
  • bahagian hadapan perlu lebih mudah remuk kerana mempunyai enjin dan enjin itu dihalakan ke bawah kenderaan supaya ia tidak masuk ke kabin penumpang; dan kerana itu, kerosakan bahagian hadapan sering nampak serius

Volvo
Volvo memang jenama kenderaan yang kukuh seperti besi padu, tetapi bahagian hadapan masih ada zon remuk untuk menyelamatkan penumpang.

Di bahagian belakang kereta turut ada zon remuk, tetapi kerana ada tangki bahan api di belakang dan tiada enjin, zon remuk di belakang lebih keras untuk memastikan tangki itu tidak pecah.

s8_9
Gambar lama dari ujian perlanggaran Mercedes-Benz mununjukan bahagian hadapan memang lebih mudah remuk dari belakang.


Satu lagi yang perlu anda fahami ialah apabila kereta melanggar belakang kenderaan lain, selalunya kereta itu akan membrek dahulu sebelum mencium.

Dalam kejadian di bawah ini, ternyata Camry itu membrek kuat, mengakibatkan bahagian hadapan menjunam dan masuk ke bahagian paling keras kenderaan – bawah bumper belakang.

Lihat kompilasi gambar-gambar pelanggaran di belakang. Kesemuanya menunjukan kenderaan yang melanggar membrek dan menjunam dan melanggar bahagian bamper belakang atau di bawah bamper dan lokasi itu sangat keras untuk memastikan tangki bahan api selamat (tangki bahan api selalunya diletakkan di bawah tempat duduk belakang).




451333971 
cy27hc_0 rear-end-accident-image

Walaupun Volvo sememangnya cemerlang dari segi ujian perlanggaran, Camry juga mempunyai hasil ujian perlanggaran yang baik. Dan keadaan remuk itu normal kerana ia mahu menyelamatkan penumpang.

14232576_1358276844190007_7074856824324189188_n 14265082_1358276834190008_4070096768847806916_n
14203354_1358276840856674_3182338205947343179_n

Kenderaan jenama A kuat – mangsa selamat selepas kemalangan
Careta tidak pernah berkongsi gambar kemalangan dan kemudian membuat anggapan kenderaan itu selamat.
Jika anda percaya akan Qada dan Qadar, kita tidak boleh mendabik dada berkata teknologi manusia yang menyelamatkan nyawa.
Menggunakan kenderaan yang mempunyai keputusan ujian perlanggaran yang baik ialah satu usaha atau ikhtiar dan berusaha adalah sesuatu yang wajib, termasuk berdoa. Tetapi sebaik mana kenderaan itu, masih ada juga kemalangan yang menyebabkan kematian kerana semuanya bergantung kepada kehendak Allah.
Semasa kemalangan sebenar, wujud terlalu banyak parameter yang tidak mampu dikawal oleh manusia dan mungkin itu yang boleh menyebabkan penumpang itu selamat.
Dalam masa yang sama juga, ada pelbagai kemungkinan yang masih boleh menyebabkan kematian kepada penumpang walaupun dalam kenderaan dengan keputusan 5-bintang ujian perlanggaran Eropah.
Gunakan informasi dari keputusan ujian perlanggaran Asean NCAP atau Euro NCAP atau NHTSA untuk bandingkan kukuhnya rangka kenderaan. Itu ialah penanda sebenar kerana ujian dilakukan dalam keadaan yang serupa.

ASEAN_2

Kenderaan jenama X mudah terbakar
Kebakaran kenderaan semakin berleluasa kerana syarikat itu tidak pandai membuat kereta? Atau konspirasi kerajaan menggunakan minyak yang mudah meletup?
Jangan mudah terpedaya dengan gosip dan andaian tersebut. Syarikat kenderaan tidak membuat sebuah atau dua buah kereta sahaja setahun. Toyota, GM, Hyundai dan Volkswagen setiap seorang membuat hampir 10 juta kenderaan setahun. Honda, Nissan, Mazda dan banyak lagi menghasilkan berjuta kenderaan setahun dan dijual di seluruh negara, termasuk negara yang mempunyai undang-undang keselamatan dan kadar asap yang sangat ketat seperti Eropah dan Amerika Syarikat.
Oleh itu, syarikat kenderaan akan pastikan kenderaan mereka selamat. Tiada siapa akan menjual kenderaan yang mudah terbakar. Itu satu kerja bodoh, tetapi lagi bodoh jika kita tuding jari dan katakan “jenama A memang mudah terbakar”.
Kenderaan sekarang sarat dengan alatan elektronik dan komponen-komponen yang menggunakan elektronik. Kerana itu, jangan sekali-kali cuba menggodam pendawaiannya. Pastikan kedai aksesori anda itu terlatih sebelum anda benarkan ia lakukan modifikasi kerana litar lintas boleh menyebabkan kebakaran.
Ada terlalu banyak punca sebuah kenderaan boleh terbakar dan antara yang paling kerap ialah litar pintas. Walaupun kenderaan anda standard, ia tetap ada risiko kebakaran. Kerana itu, beli alat pemadama api saiz 1 kg dan simpan di dalam but anda!

[Sumber: careta.my]
Read More
7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi Pada Paras Bahaya

7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi Pada Paras Bahaya


Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.

Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Kaki sering berasa kebas
Ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk 
Peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini
menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

3. Senak dada sebelah kiri
Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.

4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak 
Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)
Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.

7. Tanda kuning muda
Pada tengah atau hujung kelopak mata – merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.


Kredit: Sehinggit
Read More
Tanggalkan Road Tax Tanpa Meninggalkan Kesan Gam Pada Cermin Kereta

Tanggalkan Road Tax Tanpa Meninggalkan Kesan Gam Pada Cermin Kereta

1

Selepas setahun, road tax pada cermin kereta pastinya perlu ditanggalkan bagi menggantikan dengan road tax yang baru.
Nak tanggalkan road tax tu memanglah mudah, tapi yang menyampahnya bila kesan gam road tax tu masih melekat pada cermin kereta anda.
Dah jangan stress! Berikut merupakan tips untuk menanggalkan road tax tanpa meninggalkan kesan gam pada cermin kereta anda:
1. Rendam kain dengan air panas.
2
2.Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan.
3
3
3.Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.

4
4.Selepas 5-10 minit. tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan.
5
6
5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.
7-1

Sumber: Siakap Keli


Read More