DMC Lamborghini Aventador LP900SV LE

Sedikit info buat peminat supercars di Malaysia, kali ni aku nak buat review sikit berkaitan pakej untuk menaik taraf bagi pemilik Lamborghini Aventador samada di Malaysia mahupun di mana jua anda berada. Pakej daripada DMC ini mampu meningkatkan kuasa kuda Aventador daripada 700bhp kepada 900bhp, wow banyak tu beb....pakej ini terdiri daripada pengubahsuaian bodykit sedia ada, penambahan spoiler belakang yang kebanyakkannya dihasilkan daripada gentian karbon untuk meringankan lagi berat kereta ini, serta penalaan pada enjin kereta
tersebut serta sistem ekzos titanium yang baru dan mampu menghasilkan bunyi yang lebih mantap.Harga yang ditawarkan DMC untuk pakej naik taraf ini adalah sekitar 125,000 euros...so kalau ditukarkan kepada ringgit malaysia ianya adalah sekitar RM498,612.30...fuhhhh hampir setengah juta tu, jangan terkejut sekiranya anda terlihat jentera ini di jalan raya Malaysia, kerana ia sememangnya telah berada di Malaysia, berikut adalah gambar daripada jurugambar forum supercars Malaysia yang telah berjaya menangkap gambar raksasa ini...dan untuk makluman korang, Malaysia antara negara tertinggi yang mempunyai himpunan supercars terbesar di Asia, malah permintaan ke atas supercars terbaru adalah sangat tinggi, sumber daripada Naza Italia dan Naza World. 

So, pada yang memiliki jentera Aventador ini, sekiranya anda mempunyai RM500,000 dan mahukan sesuatu yang mampu memberi kepuasan terhadap jentera anda, bolehlah menempah pakej naik taraf daripada LP700 kepada LP900 yang sememangnya mampu menambahkan lagi kuasa kuda jentera anda.





*Credit to animaniac92 for the picture


Related Posts