Jom Gelak: Pokok Pisang


Asyik ber"diecast" saja, selang seminggu jom layan crita lawak ni dulu...topik hari ini adalah Pokok Pisang.

Pada hari ini cikgu kelas akan mengajar anak muridnya berkaitan dengan fotosintesis. Untuk menguji tahap kepandaian anak muridnya maka dia bertanyakan soalan kepada mereka.






CIKGU: Hamid, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

HAMID: Untuk mencari makanan cikgu..

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Ismail pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

ISMAIL: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu..

CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Seman pulak. Apakah tugas daun pisang?

SEMAN: Untuk buat "Tapai" cikgu...

CIKGU: Uiii....teramatlah bagus. Sila berdiri atas meja kamu sampai tamat waktu kelas!!

Related Posts