Ducati 1199 Panigale telah dilancarkan di pertunjukkan EICMA International Motorcycle Show di Milan pada 10-13 November 2011. Panigale merupakan model motosikal pengeluaran berenjin L-kembar (V-kembar pada kedudukan 90 darjah) yang paling berkuasa pernah dikeluarkan syarikat pengeluar motosikal Itali itu.
Model
ini tentunya tidak akan mengecewakan peminat superbike dengan pelbagai inovasi
yang ditawarkannya. Walaupun dengan peningkatan kuasa sebanyak 20hp, ia 10kg
lebih ringan berbanding model 1198 terdahulu dan merupakan superbike paling
ringan dalam kelasnya setakat ini, dengan berat kering hanya 164kg dan mampu
menjana 195hp kuasa pada 10,750rpm.




